Info Berkenaan UniAsia Insurans

on Friday 10 January 2014

Memperbaharui Insurans Kereta Anda dengan UniAsia


Anda boleh menganggarkan premium insurans motor anda dan pohon online untuk memperbaharui polisi anda di iMoney. Hanya lengkapkan borang permohonan kami, dan rakan kongsi insurans kami akan memperbaharukan polisi serta cukai jalan anda dalam satu proses yang mudah.

Ciri-Ciri & Maklumat Produk

  • Servis 24 jam untuk kerosakan kecemasan dan kemalangan di 1-800-88-5005.
  • Penundaan percuma sehingga 50km sebanyak 3 kali setahun sahaja. Jarak tambahan akan ditanggung oleh pemegang polisi.
  • Penundaan percuma sehingga RM100.00 di kawasan tanah tinggi. Caj tambahan dari pihak tunda akan dicaj kepada pemegang polisi.
  • Servis kerosakan dan kemalangan tepi jalan akan disediakan dengan caj tambahan bagi jarak melebihi 50km dari panel bengkel terdekat.
  • Bantuan sewa kereta*
  • Bantuan penginapan hotel*
  • Transmisi mesej kecemasan*
*Pengurusan oleh UniAsia, kos ditanggung oleh pemegang polisi.

Servis Bantuan Auto


UniAsia menyediakan servis UniAsia AUTOSTAR kepada kesemua pemegang polisi insurans kereta komprehensif mereka. Dengan usaha sama antara panel bengkel dan servis tunda, UniAsia meyediakan servis kerosakan dan kemalangan kepada pemegang polisi 24 jam.

Pengenalan Syarikat


UniAsia General Insurance dibentuk pada tahun 2003 melalui perikatan strategik antara DRB-HICOM (pemilik South East Insurance Berhad) dan United Overseas Bank Group. Dengan mengaplikasikan kepakaran di antara kedua-dua syarikat, ini membolehkan UniAsia untuk berkembang secara rawak di Malaysia sehingga menjadi salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Insurans Kereta Murah All Rights Reserved