Cara Renew Insurans & Roadtax Secara Online Melalui MyEG & ETIQA TAKAFUL

on Friday 10 January 2014



 Fakta tentang renew roadtax dan INSURANS KERETA dengan MYEG

1. Tak payah ada geran kereta ( pihak bank pegang ) atau geran hilang

Oleh kerana geran kereta masih dipegang oleh pihak bank (loan), kita kena berurusan dengan pihak bank atau AGEN SYARIKAT INSURANS, aku bagi diorang jer uruskan..leceh berurusan dengan JPJ ni, servis lembab, ada la sedikit caj perkhidmatan yang dikenakan, takkan percuma kot.

2. Tak perlu nak melalui proses untuk renew roadtax dan insurans kereta secara manual

Proses nak mendapatkan road tax tu banyak karenah juga, kena jumpa pihak bank/wakil insurans, tanya berapa RM nak bayar, kena keluar duit dulu di bank lain, duit minyak keluar lagi..itu semua menyebabkan kos semakin bertambah. Jadi insurans boleh jugak renew dekat myeg je guna RHB Bank dan Etiqa Takaful. Kalau korang nak insurans lain, tak dapat le dgn myeg

3. Kalau ada saman trafik, camne

Tambah pening kepala kalau polis hantar surat cinta, kata ada saman tak bayar lagi, hah nak renew roadtax kena bayar saman dulu yer. Kalau korang ada saman speeding, korang masih boleh lepas untuk renew roadtax. Kalau saman potong q masa raya lepas, kenalah bayar dulu, guna myeg pun boleh gak bayar saman tu.

4. Kena ada Akaun bank internet macam maybank2u atau cimbclicks

Korang cuma perlu ada akaun bank internet macam Maybank2u or CIMBClicks untuk memudahkan urusan pembayaran kelak,

5. Hanya kenderaan milikpersendirian

Urusan Renew Road Tax setakat ini hanya untuk kenderaan milik persendirian macam Kereta, Van, MPV. Motorsikal belum lagi ya.

Cara renew ISNURANS dan roadtax guna MYEG SECARA ONLINE

1. Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my

2. Daftar akaun percuma di MyEG kalau belum ada akaun lagi, khidmat daftar ni free je

3. Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

4. Hidupkan insurans dulu, bawah ni contoh borang online dia



Buat masa ni MyEG menawarkan insuran dari RHB Bank dan ETIQA TAKAFUL, agak2 korang tak reti/pening nak isi borang online dalam tu, klik jer butang Help atas tu. Eksekutif jualan MyEG akan hubungi korang dan setup satu sebutharga jumlah harga yang perlu dibayar, bandingkan dengan harga yang anda selalu buat di bank/ejen insurans, kalau MyEG lebih murah dan berbaloi, jangan tunggu lagi bayar je guna bank online ok. Kalau korang dah ada insurans, silalah teruskan baca menu bawah

5. Login maybank2u melalui MyEG mengambil masa yang lebih lama dari biasa, jadi jangan panik – nak loading maybnk2u lama gak tuh, sabo yek.




Kalau korang nak guna kredit kad ( visa dan mastercard sahaja, amex sory ye )


6. Setelah pembayaran dibuat, dalam masa tak sampai 1 Hari, runner akan berkunjung ke rumah anda menghantar road tax yang telah siap

Cara renew roadtax guna myeg secara online ( insurans dah ada )

1.Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my

2.Daftar akaun percuma di MyEG kalau belum ada akaun lagi, khidmat daftar ni free je

3.Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

4. Pada main page , aku klik BAHARUI CUKAI JALAN kalau ada insuran kenderaan yang masih sah.

5.Isilah data yang diperlukan dalam borang. Buatlah pilihan untuk penghantaran. Klik Process.

6.Kemudian ada page segala data mengenai model kereta, jenis syarikat insuran kereta, tempoh sah insuran juga amount yang perlu dibayar.

7. Klik Confirm & Pay. Pilih cara bayaran, rujuk no.5 di menu Cara renew insurans dan roadtax guna myeg secara online di atas.

Kelemahan renew insurans dan roadtax guna myeg secara online

Satu kelemahan tentang kemudahan ini ialah bila berlaku kemalangan dan korang nak claim insurans, Geran kereta perlu dihantar ke pejabat MyEG di Petaling Jaya, untuk dicetak maklumat JPJ, Kemudian baru pihak Insurans akan meluluskan tuntutan/claim anda.



Ranking: 5

{ 12 comments... read them below or add one }

super blogger said...

Senang dah sekarang dah ada cara renew roadtax yg mudah. Online saja tak perlu beratur ambil no di JPJ lagi.


5 March 2015 at 22:35
kalketes said...

nak tanya kalau kita dah ada insurans then kita masuk myeg utk buat roadtax nanti akan ada possible lagi utk jadi masalah bila nak claim insurans?sbb insurans kita da buat asing bukan guna myeg.satu lagi soalan saya nak tahu...kalau guna insuran allianz still boleh ke nak renew roadtax guna myeg ni?


8 November 2015 at 19:25
yus said...

Kalau keta melebihi 20thn boleh renew lagi tak first party insuran??


2 January 2016 at 19:41
Admin said...

Terbaik dah tak payah beratur, murah pon murah
http://www.insuranskereta.my


16 May 2016 at 20:27
Admin said...
This comment has been removed by the author.
hana syakira said...

Mse runner hantar tu, ad skali ke polisi insurans? Ke roadrax je?


31 July 2016 at 11:25
admin said...

<--- Sekarang lagi mudah dengan sistem getcover semua dalam 1


9 August 2016 at 22:24
are rain said...

da slesai payment.. tbe2 receipt tak keluar lost connection... nk buat mcam mne admin?


14 November 2016 at 00:56
syahmi said...

Aku renew tapi rhb tak release NCD.. Apa punya bodoh.. NCD patut dah 55% tahun 2014. Tahun 2015 start semula 20% bila wife aku buat kat kedai.. Call anjing2 RHB no take angkat.. Aku nak renew insurans la BABI


28 November 2016 at 22:22
syahmi said...

Yang mama bangang aku pon tak tau.. NCD aku Tiba2 hilang.. Tanya myeg jwb tak tau.. Call rhb tak angkat2..


28 November 2016 at 22:23
Budi said...

Camne eek lau dah beli insuran tp blum renew roadtax sbb br tau ade saman.. Brp lame insuran tu bleh gune jika lmbt byr saman tu?? . Mohon pencerahan.....


25 July 2017 at 04:50
Ibu Rasmita said...

Saya hampir tidak memiliki teman yang bisa diajak bicara, jangankan diajak bicara ketemu saja mereka langsung mengindar. itu yang saya rasakan, bahkan keluarga sendiri saja takut kalau saya datang... padahal saya tidak berniat pinjam uang, hanya ingin ngobrol. Tapi alhamdulillah setelah mengikuti Program Hibah Dana Gaib saya telah menemukan solusinya, sehingga saya bisa memprioritaskan hutang2 saya dibanyak tempat... sampai akhirnya hutang saya sdh terlunasi... terima kasih pak, salam sukses selalu.

untuk info lengkap Kalian bisa buka web www.uanggaib.xtgem.com atau bisa lansung Klik Disini dijamin 100% tanpa resiko, saya sudah membuktikannya.


































































































































26 December 2017 at 05:00

Post a Comment

 
© Insurans Kereta Murah All Rights Reserved