Info Berkenaan UniAsia Insurans

on Friday 10 January 2014

Memperbaharui Insurans Kereta Anda dengan UniAsia


Anda boleh menganggarkan premium insurans motor anda dan pohon online untuk memperbaharui polisi anda di iMoney. Hanya lengkapkan borang permohonan kami, dan rakan kongsi insurans kami akan memperbaharukan polisi serta cukai jalan anda dalam satu proses yang mudah.

Ciri-Ciri & Maklumat Produk

  • Servis 24 jam untuk kerosakan kecemasan dan kemalangan di 1-800-88-5005.
  • Penundaan percuma sehingga 50km sebanyak 3 kali setahun sahaja. Jarak tambahan akan ditanggung oleh pemegang polisi.
  • Penundaan percuma sehingga RM100.00 di kawasan tanah tinggi. Caj tambahan dari pihak tunda akan dicaj kepada pemegang polisi.
  • Servis kerosakan dan kemalangan tepi jalan akan disediakan dengan caj tambahan bagi jarak melebihi 50km dari panel bengkel terdekat.
  • Bantuan sewa kereta*
  • Bantuan penginapan hotel*
  • Transmisi mesej kecemasan*
*Pengurusan oleh UniAsia, kos ditanggung oleh pemegang polisi.

Servis Bantuan Auto


UniAsia menyediakan servis UniAsia AUTOSTAR kepada kesemua pemegang polisi insurans kereta komprehensif mereka. Dengan usaha sama antara panel bengkel dan servis tunda, UniAsia meyediakan servis kerosakan dan kemalangan kepada pemegang polisi 24 jam.

Pengenalan Syarikat


UniAsia General Insurance dibentuk pada tahun 2003 melalui perikatan strategik antara DRB-HICOM (pemilik South East Insurance Berhad) dan United Overseas Bank Group. Dengan mengaplikasikan kepakaran di antara kedua-dua syarikat, ini membolehkan UniAsia untuk berkembang secara rawak di Malaysia sehingga menjadi salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia.

Info Berkenaan Takaful Insurans

TAKAFUL INSURANS
Pengenalan

Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum digunakan di jalan raya. Tetapi adakah SEMUA perlindungan insurans atau takaful adalah sama? Tidak semestinya. Walaupun kenderaan bermotor adalah kelas yang ditakrifkan, syarikat insurans dan takaful dibenarkan untuk mengenakan paras tambahan dan deduktibel yang berbeza. Tambahan pula, berlainan syarikat menawarkan servis dan teknologi yang berlainan serta cara pengurusan tuntutan insurans yang berbeza.

Kami di Takaful IKHLAS, memahami keperluan anda. Dalam hal ini, kami tidak mengenakan tambahan atau melaksanakan deduktibel. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan kes, jika berlaku kemalangan, kami menjamin untuk meluluskan tuntutan anda dengan segera melalui proses tuntutan yang mesra pelanggan. Kesemua sebutharga adalah berdasarkan kepada alat ganti tulen. Anda juga boleh menggunakan khidmat bantuan jalanraya 24 jan untuk bantuan jika berlaku kecemasan. Oleh yang demikian, kami telah membina reputasi yang baik bagi penyelesaian tuntutan yang adil dan cepat.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Motor?
  • IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR
    Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda. 
  • FAEDAH PILIHANFaedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
    • Liabiliti Penumpang
    • Kerosakan Cermin Pecah
    • Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
    • Banjir dan Ribut
    • Sistem Radio Kaset
Mengapa memilih IKHLAS Motor?
  • Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam BANTUAN IKHLAS
    Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan. Bagi IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR, perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel woksyop kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma sehingga RM200).
  • E-Covernote 
    IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera. Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk pengeluaran cakera cukai jalan. 
  • Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik 
    IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi terkini Sistem AnggaranTuntutan Elektronik
    yang membolehkan kelulusan tuntutan pembaikan kenderaan yang pantas, dalam tempoh 24 jam.
  • Pengesahan Tuntutan Segara
    Pengesahan segera pembaikan dan tuntutan berdasarkan harga asal.


Cara Claim Insurans Jika Kenderaan Terbabit Kemalangan Atau Kehilangan

Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!


Salam Dan Salam Sejahtera..Hari Ni Saya Ingin Berkongsi Cerita Berkenaan Cara Claim Insurans Jika Kenderaan Terbabit Kemalangan Atau Kehilangan..

Semua Orang Tahu Bagaimana Untuk Membeli INSURANS KENDERAAN tetapi Tidak Ramai Yang Tau Untuk Membuat Claim ISURANS KENDERAAN anda secara Betul Jika Terbabit Kemalangan Atau Kehilangan

Anda mungkin seorang pemandu yang sangat cermat, kerana anda beranggapan bahawa akan menjadi remeh serta menyusahkan anda jikalau kemalangan terjadi pada anda. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau, jadi kita harus sediakan payung sebelum hujan!
Pada asasnya, terdapat dua jenis polisi insurans untuk kereta anda.
i)  First Party – melindungi kehilangan dan kerosakan kereta, kecederaan dan kematian pihak anda serta pihak ke-3 iaitu kenderaan yang terlibat dengan anda ketika kemalangan.
ii) Third Party – seperti namanya, hanya pihak ke-3 iaitu kereta lain yang terlibat dengan kemalangan kereta anda.
Walaubagaimanapun, anda mempunyai hak untuk melndungi cermin depan, liability penumpang serta bencana alam yang menimpa kenderaan anda, tetapi dengan tambahan wang ringgit. (bergantung pada syarikat insurans anda)
Baiklah. Kita mulakan dengan situasi kemalangan. Bayangkan…
Jika kemalangan menimpa anda, pertama sekali pastikan samada terdapat kecederaan pada diri anda serta penumpang dan kenderaan lain yang terlibat. Jika ada, segera hubungi ambulans bagi rawatan lanjut.
Elakkan bertengkar, anda bertenang dan bersabar. Ini adalah takdir. Jika anda marah sekalipun, kemalangan sudah terjadi. Kita tidak dapat untuk mengelaknya. Apa yang boleh anda lakukan ialah pastikan butir2 berikut diperolehi bagi memudahkan proses tuntutan insurans.
1. Nombor pendaftaran kenderaan
2. Butiran pemandu (nama, alamat, no telefon)
3. Masa, tarikh dan tempat kemalangan Time, date and place of accident
4. Nama pemegang polisi insurans serta nombor polisi (jika boleh) kenderaan2 yang terlibat.
5. Butiran saksi atau orang yang tercedera (jika ada)
Selepas itu, anda perlu pandu atau tarik (towing) kenderaan anda ke balai polis cawangan trafik yang berhampiran dan buat laporan polis, jika mengikut undang2, mesti dilakukan dalam masa 24jam. Pihak polis akan memeriksa kenderaan anda dan mengambil gambar kenderaan anda.
Kemudian, anda hantar kenderaan anda ke bengkel yang ditauliahkan untuk membaik pulih kenderaan anda. Pihak syarikat insurans anda mempunyai senarai panel bengkel yang ditauliahkan dan anda dinasihatkan untuk menggunakan panel bengkel tersebut.
Selepas itu, anda boleh mengisi borang tuntuan insurans (claim form). Hantarkan ke pejabat utama syarikan insurans atau mana2 cawangannya bersama dengan dokumen2 berikut dalam masa 14hari:

Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!

1. Laporan polis asal.
2. Anggaran kasar jumlah baikpulih oleh panel bengkel.
3. Salinan:
- Polisi insurans
- Geran kenderaan
- Cukai jalanRoad tax
- Kad pengenalan dan lesen memandu pemilik kenderaan.
- Kad pengenalan dan lesen memandu pemandu yang terlibat. (jika bukan pemilik)
- Surat perjanjian sewa-beli (jika berkaitan) 

Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!
Selepas semua dokumen diserahkan dan diproses, akan ada seorang “adjuster” iaitu wakil syarikat insurans akan menganggar jumlah yang perlu untuk membaik pulih kenderaan anda. Adjuster akan membuat laporan atas segala kerosakan serta gambar juga akan diambil. Selepas itu anda boleh mengambil surat pelepasan atau pengesahan mengenai jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insurans dan serahkan pada bengkel tersebut. Selepas kenderaan anda siap, surat tadi yang menyatakan bahawa kenderaan anda telah siap dan memuaskan hati, anda boleh menandatangani surat pelepasan tersebut.
Ini merupakan langkah2 untuk menuntut insurans “own damage” dimana anda menuntut dari syarikat nsuran anda sendiri dan hanya boleh dilakukan bagi “First Party”. Tetapi, NCD atau No Claims Discount anda akan terhapus.
NCD= Diskaun yang diberikan jika tiada tuntutan pada tahun pertama, dan bertambah diskaun jika tiada juga pada tahun berikutnya.
Walaubagaimanapun, jika kemalangan tersebut bukan salah anda, anda boleh membuat No-Fault Own Damage Claim. Disini anda boleh menuntut dari syarikat insurans anda dan bukan kenderaan yang bersalah. Ini bagi mempercepatkan proses dan pada masa yang sama anda tidak kehilangan NCD anda.
Tambahan dokumen yang diperlukan:
1. Surat pengesahan menyatakan No Fault Own Damage dengan butiran insurans pihak ketiga. Ini perlu dibuktikan juga oleh JPJ menyatakan yang sama.
2. Siasatan polis, lakaran kemalangan dan salinan laporan polis pihak ke-3.
Jika kenderaan anda dicuri pula, anda boleh menuntut insurans bagi kecurian. Ini hanya boleh dilakukan oleh insurans jenis First Party atau Third Party yang memilih pilihan untuk melindungi kenderaan dari dicuri atau kebakaran. Dokumen yang diperlukan adalah sama seperti Own Damage.
Anda akan disoal siasat untuk mendapat kenyataan dari anda mengenai kecurian kenderaan anda. NCD akan terhapus juga jika anda membuat tuntutan kecurian.
Walau anda tidak membuat apa2 tuntutan dari insuran anda sendiri atau tuntutan dari pihak ke-3, anda perlu memaklumkan pada syarikat insurans anda supaya melindungi anda dari sebarang kemungkinan yang buruk yang bakal merugikan anda dari kemalangan tersebut.
Untuk makluman anda, tujuan saya berkongsi maklumat ini adalah untuk bersiap siaga supaya anda tidak tertipu atau sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Hal ini telah terjadi pada diri saya sendiri dan akibatnya kereta saya mengambil masa 2 bulan walhal jika diikutkan hanya mengambil masa 3-4 minggu sahaja untuk kenderaan anda siap. (jika semua dokumen lengkap)

Cara Membuat Tuntutan Insurans yang BETUL!
Ingin saya ingatkan sekali lagi, sediakan payung sebelum hujan! (sedih teringat kereta tak siap lagi!)
Sumber: Kurnia Insurans

Cara Renew Insurans & Roadtax Secara Online Melalui MyEG & ETIQA TAKAFUL



 Fakta tentang renew roadtax dan INSURANS KERETA dengan MYEG

1. Tak payah ada geran kereta ( pihak bank pegang ) atau geran hilang

Oleh kerana geran kereta masih dipegang oleh pihak bank (loan), kita kena berurusan dengan pihak bank atau AGEN SYARIKAT INSURANS, aku bagi diorang jer uruskan..leceh berurusan dengan JPJ ni, servis lembab, ada la sedikit caj perkhidmatan yang dikenakan, takkan percuma kot.

2. Tak perlu nak melalui proses untuk renew roadtax dan insurans kereta secara manual

Proses nak mendapatkan road tax tu banyak karenah juga, kena jumpa pihak bank/wakil insurans, tanya berapa RM nak bayar, kena keluar duit dulu di bank lain, duit minyak keluar lagi..itu semua menyebabkan kos semakin bertambah. Jadi insurans boleh jugak renew dekat myeg je guna RHB Bank dan Etiqa Takaful. Kalau korang nak insurans lain, tak dapat le dgn myeg

3. Kalau ada saman trafik, camne

Tambah pening kepala kalau polis hantar surat cinta, kata ada saman tak bayar lagi, hah nak renew roadtax kena bayar saman dulu yer. Kalau korang ada saman speeding, korang masih boleh lepas untuk renew roadtax. Kalau saman potong q masa raya lepas, kenalah bayar dulu, guna myeg pun boleh gak bayar saman tu.

4. Kena ada Akaun bank internet macam maybank2u atau cimbclicks

Korang cuma perlu ada akaun bank internet macam Maybank2u or CIMBClicks untuk memudahkan urusan pembayaran kelak,

5. Hanya kenderaan milikpersendirian

Urusan Renew Road Tax setakat ini hanya untuk kenderaan milik persendirian macam Kereta, Van, MPV. Motorsikal belum lagi ya.

Cara renew ISNURANS dan roadtax guna MYEG SECARA ONLINE

1. Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my

2. Daftar akaun percuma di MyEG kalau belum ada akaun lagi, khidmat daftar ni free je

3. Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

4. Hidupkan insurans dulu, bawah ni contoh borang online dia



Buat masa ni MyEG menawarkan insuran dari RHB Bank dan ETIQA TAKAFUL, agak2 korang tak reti/pening nak isi borang online dalam tu, klik jer butang Help atas tu. Eksekutif jualan MyEG akan hubungi korang dan setup satu sebutharga jumlah harga yang perlu dibayar, bandingkan dengan harga yang anda selalu buat di bank/ejen insurans, kalau MyEG lebih murah dan berbaloi, jangan tunggu lagi bayar je guna bank online ok. Kalau korang dah ada insurans, silalah teruskan baca menu bawah

5. Login maybank2u melalui MyEG mengambil masa yang lebih lama dari biasa, jadi jangan panik – nak loading maybnk2u lama gak tuh, sabo yek.




Kalau korang nak guna kredit kad ( visa dan mastercard sahaja, amex sory ye )


6. Setelah pembayaran dibuat, dalam masa tak sampai 1 Hari, runner akan berkunjung ke rumah anda menghantar road tax yang telah siap

Cara renew roadtax guna myeg secara online ( insurans dah ada )

1.Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my

2.Daftar akaun percuma di MyEG kalau belum ada akaun lagi, khidmat daftar ni free je

3.Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

4. Pada main page , aku klik BAHARUI CUKAI JALAN kalau ada insuran kenderaan yang masih sah.

5.Isilah data yang diperlukan dalam borang. Buatlah pilihan untuk penghantaran. Klik Process.

6.Kemudian ada page segala data mengenai model kereta, jenis syarikat insuran kereta, tempoh sah insuran juga amount yang perlu dibayar.

7. Klik Confirm & Pay. Pilih cara bayaran, rujuk no.5 di menu Cara renew insurans dan roadtax guna myeg secara online di atas.

Kelemahan renew insurans dan roadtax guna myeg secara online

Satu kelemahan tentang kemudahan ini ialah bila berlaku kemalangan dan korang nak claim insurans, Geran kereta perlu dihantar ke pejabat MyEG di Petaling Jaya, untuk dicetak maklumat JPJ, Kemudian baru pihak Insurans akan meluluskan tuntutan/claim anda.



Insurans Kereta Murah

Assalamualaikum n salam sejahtera.

Aku ingin share something about our CAR INSURANCE.Cerita ni dah lama nak share tapi asyik terlupa.So apa yg akan aku bagitahu ni bolehlah memberikan sedikit info dan penilaian untuk anda memilih INSURANS KENDERAAN terbaik anda itu~

Insurans Kenderaan Murah dan Jimat


Ok.Saya introduce dulu tentang hubungan saya dgn INSURANS KERETA ni.saya dah 4tahun bekerja sebagai Claim advisor dimana kerja saya ni melibatkan tuntutan insurans kenderaan.Kalau nak cerita hal ni memang payahlah.panjang wooo~tapi aku dah berhenti dah tahun lalu last bulan November 2012.Maklumlah ikut suami ke KL ni~

Ok.so mengikut pengalamanku nikan,(adui,mcm dah byk lupa ni) saya sarankan anda ambil lah insurans OCA-oriental capital assurance = Tune insurance UNTUK kenderaan komersial atau kenderaan berat cth keta hilux.Mengikut byk2 insuranskan insurans nilah byk cover utk kereta tau contoh Excess.Excess (Lebihan kos) yg terdpt pd kereta2 mahal le.Time aku kerja dulu inilah yg selalu ramai org xfaham bila diminta untuk membayar Excess ni.

Excess ni mls aku nk terangkan pnjg sgt mksd kefahamannya so OCA akan byr bila dibawah rm2000 tu so selamatlah korang kalau keta accident nak claim insurns kamu xakan diminta byr oleh workshop laa.If you all tak pasti ada excess or x try cek covernote/register insurans kamu tu.Pasti ada Excess so tgok la berapa diorg letak amaun.Ada ke x.ok.....

Insurans Kereta Murah & Jimat


Now kereta private.kereta mcm kita2 nilah..Selagi anda beli INSURANS 1ST PARTY bermakna kereta anda masih berloan dgn bank dan bermakna mahal la insurans keta yg nk dbyr tiap tahun.but dont worry setiap tahun insurnce payment akan semakin rendah mengikut susutnya nilai market kereta anda.haha!maksdnya semakin xbernilai kereta anda semakin kuranglah insurans nak cover you all..hihi.Dan utk memaintainkan pengurangan kos pembayaran insurans tu pastikan kamu TIDAK pernah menuntut sebarang insurans kereta.

Kalau setakat kerosakan kecil atas kesalahan anda sendiri repair sendirilah.Kalau dilanggar org minta toleransi org tu byr cash jgn nak berlagak nk claim insurans kat workshop walaupun kamu tak salah krn kamu juga PASTI ada kerugian.Believe me.Dan INGAT.Jgn sesekali melanggar kereta org atau buntut kereta org krn walau kamu tak salah kamu TETAP dipersalahkan!Amaun pembayaran insurans pun akan meningkat bila diorg tu claim insurans~!!!

So pointnya disini jika dah abis byr loan keta tu sy sarankan bertukarlah ke insurans 3rd party.Kerana sia2 anda byr mhl2 klu cover pun ciput.

Saya dah servay dah harga semua insurans dmalaysia.Memanglah jauh beza harga di sabah dan semenanjung ni.Kalau nak beli kereta kat semenajung plk lebih MURAH.tapi kalau beli insurans kereta di sabah plk lebih MURAH.Nasiblah..

So insurans yang paling MURAH ada 2 tempat INSURANS ETIQA (MAYBANK) dan UNI ASIA.untuk kereta saya,ETIQA lebih murah antara semua JIKA umur saya mencecah 25tahun ketas!!so saya belilah UNIASIA kedua termurah dimalaysia.

Apapun pilihan anda bagi saya insurans ni xperlula kalau kita berdoa dan berhemat memandu.Pilih murah dan berbaloi ok.

Takaful Insurans Yang Lebih Menjimatkan & Murah

Insurans, takaful lebih  murah, mudah
Kadar peruntukan minimum pelihara kepentingan pengguna

Bank Negara Malaysia (BNM) menerbitkan kertas konsep Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga yang bakal membolehkan pengguna akses kepada produk insurans hayat dan takaful dengan mudah serta pada kos lebih rendah. 

Menerusi rangka kerja itu, orang ramai boleh membeli produk perlindungan iaitu perlindungan bertempoh, perubatan dan kesihatan dan penyakit kritikal tanpa perlu membayar komisen ejen menerusi saluran langsung seperti di kaunter dan dalam talian. 


peruntukan minimum bagi produk berkaitan pelaburan yang mana kadar premium khusus yang dibayar pemegang polisi untuk diperuntukkan kepada unit dana bagi tujuan pelaburan dipastikan terlebih dulu sebelum sebarang pemotongan caj dibuat. 


Untuk polisi satu tahun hingga tiga tahun, kadar peruntukan minimum ialah 70 peratus; empat hingga enam tahun (80 peratus); 7-10 tahun (90 peratus) dan 11 tahun ke atas (100 peratus).

BNM dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam berkata, rangka kerja itu mengandungi inisiatif bagi menyokong tahap penembusan insurans dan takaful yang lebih tinggi sejajar dengan peralihan Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Mengikut rangka kerja itu, syarikat insurans hayat dan takaful keluarga akan mempunyai fleksibiliti operasi yang lebih luas untuk mendorong inovasi dan produktiviti yang lebih tinggi.

Kepentingan pengguna dijaga 
Di samping itu, lebih banyak saluran akan diwujudkan untuk menyediakan produk insurans hayat dan takaful keluarga kepada orang ramai dan pada masa sama kepentingan pengguna terus dijaga dengan memelihara manfaat yang diperoleh pemegang polisi.

Usaha pendidikan pengguna serta kualiti perkhidmatan dan piawai penzahiran juga akan ditingkatkan daripada kalangan pengantara insurans dan takaful bagi menggalakkan pemerkasaan pengguna.

“Rangka kerja ini akan mempercepatkan penghasilan lebih banyak pilihan saluran penyampaian. Ini akan dicapai melalui rasionalisasi struktur insentif antara saluran, sambil memberikan pilihan kepada pengguna untuk membeli produk perlindungan semata-mata menerusi saluran langsung yang cekap dari segi kos, termasuk di kaunter dan saluran dalam talian.


Had biaya dimansuh

“Selain itu, keperluan minimum kewangan dan kelayakan untuk penasihat kewangan akan disemak semula bagi meningkatkan golongan penasihat kewangan dalam industri insurans dan takaful,” katanya.

Mengikut BNM, had ke atas kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk ejen oleh syarikat insurans dan takaful akan dimansuhkan bagi memberikan lebih fleksibiliti kepada syarikat insurans dan takaful dalam menyokong perkembangan profesional ejen, terutama ejen baru. 

Ia kemudian akan disusuli dengan keperluan bagi syarikat insurans dan pengendali takaful untuk meningkatkan amalan profesional pengantaranya secara proaktif dengan memberikan lebih penekanan terhadap kesesuaian produk, kualiti khidmat nasihat dan perkhidmatan, serta produktiviti, dalam membangunkan dan melaksanakan skim imbuhan pengantara, katanya.

Akses mudah pelanggan

Bagi memudahkan pelanggan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi, jumlah kolektif produk dalam talian khas akan diperkenalkan untuk membantu mereka membuat perbandingan produk perlindungan semata-mata daripada pelbagai penyedia. 

Katanya, akaun insurans dalam talian juga akan diperkenalkan untuk memberikan akses yang mudah kepada pelanggan untuk mengetahui status polisi mereka.

“Inisiatif ini akan terus diperkukuh melalui program pendidikan dan kesedaran kewangan yang disasarkan bagi melengkapkan pelanggan dengan pengetahuan, kemahiran dan instrumen yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang tepat,” kata BNM. 

Orang ramai, peserta industri, pengantara insurans dan takaful dan pihak berkepentingan yang berkenaan digalakkan untuk memberikan maklum balas secara bertulis mengenai kertas konsep rangka kerja itu. 

Kertas konsep boleh dimuat turun daripada laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my dan tarikh akhir penghantaran maklum balas dan komen adalah pada 9 Disember ini.

Semua maklum balas boleh dihantar kepada communication@bnm.gov.my.

Insurans Kereta Murah & Jimat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Para Pembaca..Hari Ini Saya Akan Berkongsi Sedikit TIPS BERKENAAN INSURANS KERETA MURAH & JIMAT...Sejak Kenaikkan Kos Sara Hidup Di Negara Kita,Saya Pasti Kita Semua Ingin Mencari Jalan Untuk Berjimat Cermat Dan Saya Juga Pasti Setiap Seorang Dari Kita Mempunyai Lebih Dari 1 Kenderaan dan INSURANS KENDERAAN Yang Mahal Akan Membeban...Oleh Kerana Itu Saya Kongsi kan TIPS INSURANS KERETA MURAH & JIMAT
Saya terpanggil untuk berkongsi tips yang mungkin tidak ramai tahu mengenai NCD insurans anda. NCD merupakan diskaun yang akan memberi penjimatan semaksimum 55% dari jumlah insurans yang harus anda bayar. Hmm.. banyak tu bukan? Anda akan dapat penjimatan ini selagi mana anda tidak membuat sebarang tuntutan kepada pihak insurans. Jadi berhati-hatilah memandu kenderaan anda tidak kira beroda dua atau beroda lapan.
Ok, biar saya teruskan kenapa dengan NCD anda boleh berjimat dari puluhan ringgit hingga kepada ribuan ringgit.
Kes Pertama: Bila anda membeli kenderaan baru dan anda tidak pernah mempunyai sejarah memiliki kenderaan, maka NCD anda adalah 0%. Jadi tiada pengurangan dari jumlah insurans anda. Jadi untuk mendapatkan penjimatan, anda boleh mula membeli kenderaan yang murah nilai insuransnya iaitu merujuk kepada Harga Kereta itu dinilai. Tahun pertama, anda tidak ada diskaun tetapi tahun berikutnya akan ada diskaun dan akan naik mencecah hingga tahap 55%.
Kes Kedua: Apabila anda sudah ada sejarah memiliki kenderaan dan ingin menjual kereta tersebut, pastikan NCD anda dipindahkan kepada insurans kereta baru anda. Sebagai contoh, sebelum ni anda menaiki kancil dengan NCD 55% maka apabila anda trade in dengan membeli Proton Suprima (sebagai contoh..hehe), NCD dari kancil boleh dipindah kepada insurans Suprima tersebut. Banyak tu diskaun 55%… jadi anda sudah jimat.
Kes Ketiga: Anda ada sejarah memiliki kenderaan tetapi membeli kereta kedua yang harga lebih mahal, jadi NCD anda boleh berpindah milik iaitu NCD dari kereta terdahulu kepada kereta baru dan NCD kereta baru kepada kereta lama. Ini juga memberi penjimatan kerana kita tahu semakin lama usia kereta, semakin susut nilainya. Jadi sekiranya anda ada kancil dan ingin membeli kereta yang kedua iaitu Proton Suprima (opss..guna model yang sama), jadi pindahkan NCD kancil kepada Suprima dan NCD Suprima kepada kancil. Jadi nilai insurans Suprima akan rendah. Kalau NCD kancil itu 55% maka Suprima tersebut akan mendapat penjimatan dari nilai NCD kancil yang dipindah. Jadi dapat penjimatan juga kan?
NCD ini boleh dipindah milik dari kereta ke kereta atau motor ke motor. Tak boleh dari motor ke kereta atau kereta ke motor.
p/s: Sekiranya NCD anda dah penuh iaitu 55% dan anda jual kenderaan, selagi mana anda tidak beli kenderaan baru maka NCD anda makin menyusut dari tahun ke tahun.
Akhir kata..selamat berjimat dengan NCD insurans anda. :)
 
© Insurans Kereta Murah All Rights Reserved