Home
>
Info Berkenaan Takaful Insurans
Info Berkenaan Takaful Insurans
|
Pengenalan
Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum digunakan di jalan raya. Tetapi adakah SEMUA perlindungan insurans atau takaful adalah sama? Tidak semestinya. Walaupun kenderaan bermotor adalah kelas yang ditakrifkan, syarikat insurans dan takaful dibenarkan untuk mengenakan paras tambahan dan deduktibel yang berbeza. Tambahan pula, berlainan syarikat menawarkan servis dan teknologi yang berlainan serta cara pengurusan tuntutan insurans yang berbeza.
Kami di Takaful IKHLAS, memahami keperluan anda. Dalam hal ini, kami tidak mengenakan tambahan atau melaksanakan deduktibel. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan kes, jika berlaku kemalangan, kami menjamin untuk meluluskan tuntutan anda dengan segera melalui proses tuntutan yang mesra pelanggan. Kesemua sebutharga adalah berdasarkan kepada alat ganti tulen. Anda juga boleh menggunakan khidmat bantuan jalanraya 24 jan untuk bantuan jika berlaku kecemasan. Oleh yang demikian, kami telah membina reputasi yang baik bagi penyelesaian tuntutan yang adil dan cepat.
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Motor?
- IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR
Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.
- FAEDAH PILIHANFaedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
• Liabiliti Penumpang • Kerosakan Cermin Pecah • Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam • Banjir dan Ribut • Sistem Radio Kaset
Mengapa memilih IKHLAS Motor?
- Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam BANTUAN IKHLAS
Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan. Bagi IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR, perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel woksyop kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma sehingga RM200).
- E-Covernote
IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera. Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk pengeluaran cakera cukai jalan.
- Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi terkini Sistem AnggaranTuntutan Elektronik yang membolehkan kelulusan tuntutan pembaikan kenderaan yang pantas, dalam tempoh 24 jam.
- Pengesahan Tuntutan Segara
Pengesahan segera pembaikan dan tuntutan berdasarkan harga asal.
|
Ranking: 5
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment